Rahsia

9 Rahsia Rumah Tangga Bahagia Untuk Pasangan Baru Berkahwin.

2024-03-14

9 Rahsia Rumah Tangga Bahagia Untuk Pasangan Baru Berkahwin. | CERPEN VIRALL : Media sosial sejak akhir-akhir ini dihujani dengan berita gembira daripada rakan taulan yang telah mula membina rumah tangga. Menjadi kebiasaan, apabila tibanya akhir tahun dan juga di permulaan tahun baru, pasti ramai yang memilih tarikh untuk bernikah.Rahsia

Rahsia

Pernikahan adalah bukti cinta yang disulam itu menuju kebahagiaan dan bukannya disulam tanpa ada pengakhirannya dengan cinta yang tidak pasti. Ramai dalam kalangan pasangan yang sudah menemui insan istimewa di hati dan yakin dengan pilihan tersebut berimpian untuk mendirikan rumah tangga.

Apabila sudah mendirikan rumah tangga, pasti banyak lagi perjalanan yang perlu ditempuhi dan pasangan perlulah sentiasa cekal agar rumah tangga yang dibina akan kekal harmoni.

Jadi, ini adalah beberapa tips yang boleh diamalkan oleh pasangan yang baru melangsungkan perkahwinan.Rahsia

1 – Jangan pernah bosan bermain cinta

Cinta yang dipupuk bukan sahaja sebelum berkahwin bahkan perlu berterusan sehingga perkahwinan dilangsungkan. Suami dan isteri perlu sentiasa bermain cinta agar tautan perasaan itu sentiasa kuat.

Bahkan, perkara sebenarnya yang boleh dilakukan adalah bercintalah selepas berkahwin kerana ia adalah cinta yang halal.

2 – Dirikan solat jemaah

Solat jemaah perlu dilakukan walau hanya mengambil satu waktu solat sahaja dalam sehari. Ia bukan sahaja untuk mengikat ketautan hati kita dengan Allah tetapi ia menunjukkan bahawa besarnya perasaan suami dalam mengemudi rumah tangga kerana suami adalah imam yang perlu dipatuhi.

Melihat pula peranan makmum, mereka perlu mengikut imam. Begitulah tugas isteri yang perlu mengikut suami serta memberi sokongan kepadanya dalam setiap perkara.

Bahkan, jika imam melakukan kesilapan dalam solat, maka makmum boleh menegur. Begitu juga peranan isteri, bukan sahaja perlu mengikut tetapi boleh memberi teguran dengan cara yang sebetulnya .

3 – Bahagi tugas rumah tangga

Tugas menguruskan rumah bukan hanya terletak pada bahu isteri sahaja tetapi pada kedua belah pihak. Terutamanya jika kedua-dua suami isteri adalah yang berkarier, pastinya masing-masing juga mempunyai tanggungjawab terhadap kerja.

Jadi, untuk mengekalkan keseimbangan dalam rumah tangga, masing-masing perlu bertoleransi dan bertolak ansur terhadap pasangan.

Sebenarnya, perkara yang kecil seperti inilah yang perlu diberi perhatian lebih kerana daripada perkara yang kecil sebenarnya boleh membawa kepada benda yang besar.

4 – Berterus-terang dan jangan berahsia

Apabila sudah mempunyai pasangan, perkara yang paling utama perlu dilakukan adalah dengan berkomunikasi. Walaupun ia adalah komunikasi kecil seperti bercerita tentang apa yang berlaku di tempat kerja atau kucing anda yang sakit dan sebagainya, namun jadikan ia sebagai salah satu perkara yang boleh memecah kesunyian rumah tangga.

Apatah lagi jika ia melibatkan masalah yang dialami. Berbincanglah dengan pasangan terlebih dahulu dan elakkan meluah di media sosial.

5 – Belajar memaafkan

Terima kekurangan yang ada dan belajar memaafkan jika berlaku ketidakpuasan hati. Hal ini boleh mengelakkan daripada berlakunya pergaduhan yang panjang sesama pasangan.

6 – Turunkan ego

Baik lelaki mahupun perempuan, kedua-duanya pasti mempunyai egonya yang tersendiri. Justeru, belajar rendahkan ego terutama ketika berlakunya konflik rumah tangga.

7 – Guna kata ganti diri yang sesuai

Nama panggilan sesama pasangan adalah perkara asas yang sepatutnya ditekankan. Jika sebelum berkahwin, ada yang menggelar diri sebagai ‘aku’ dan ‘kau’, maka seeloknya tukarlah panggilan kepada bahasa yang lebih sesuai sebagai tanda menghormati pasangan.

8 – Berbincang untuk setiap perkara

Amalkan perbincangan yang berkesan dengan pasangan anda untuk memastikan setiap perkara dapat menjumpai titik tolak dan kesefahaman yang utuh.

Melalui perbincangan juga, masing-masing boleh mengenali corak pemikiran pasangan dengan lebih mendalam dan baik.

9 – Saling mempercayai

Paling penting yang perlu dilakukan adalah saling mempercayai pasangan agar tidak berlakunya masalah overthinking atau syak wasangka dalam rumah tangga.

KESIMPULAN

Walaupun tiada laut yang tidak dibadai ombak, namun ombak itu hanya bersifat sementara. Begitu juga dengan rumah tangga yang pasti akan punya liku-likunya tersendiri, itu adalah ujian yang diberikan sebagai asam garam kehidupan.

Justeru, layarilah bahtera rumah tangga dengan baik dan menjadikan ia sebagai sebuah perjalanan yang menyeronokkan.Rahsia

Wallahu a’alam

 

Jika anda nak tahu tempat percutian yang menarik boleh ke website kami : TEMPAT PERCUTIAN

Artikel Lain