Kena Kacau “SESUATU” DI Bilik Hotel. Esok Pagi Baru Tau Rupa-Rupanya Tempat Tu Ada…

| September 11, 2017 | 0 Comments

Kena Kacau “SESUATU” DI Bilik Hotel. Esok Pagi Baru Tau Rupa-Rupanya Tempat Tu Ada… | Cerpen Virall – Kisah mengenai sebuah hotel di salah sebuah negeri di pantai timur ini telah banyak kali disebut-sebut. Katanya banyak juga pengunjung yang bercerita mengenai hotel ini. Hotel ini dikatakan mempunyai struktur bangunan klasik dan sepertinya telah lama dibina disitu. Harga yang ditawarkan untuk bermalam untuk satu hari pula amat murah sekali jika dibandingkan dengan hotel-hotel yang lain memandangkan bilik yang disediakan luas dan tampak selesa. Namun, ada beberapa misteri yang tersingkap dalam hotel ini.

Cerita ini ialah pengalaman salah seorang ahli keluarga admin sendiri, yang pernah menginap di hotel tersebut awal tahun 2017 baru-baru ini. Admin bahasa kan denga Aku la ye untuk memudahkan jalan ceritanya.

ALI TELEFON DALAM KETAKUTAN

Anak aku bernama Ali berusia 11 tahun ada menyertai kejohanan Squash, yang diadakan di salah sebuah negeri di pantai timur. Ali bergerak ke sana sehari awal bersama jurul
atih dan rakan-rakannya yang lain memandangkan aku dan isteri tak dapat cuti. Kami bergerak ke situ keesokkan hari memandangkan hari minggu, jadi dapat lah tengok Ali sambil cuti-cuti Malaysia kan.

Dalam perjalanan ke pantai timur melalui jalan Gerik, kami singgah di Banjaran Titiwangsa untuk solat Asar. Tiba-tiba, Ali telefon,

Ali : “Ayah ada dekat mana sekarang?”
Aku : “Ayah dengan mama dekat titwangsa ni Ali, singgah sembahyang sat.”
Ali : “Cepat la ayah, Ali takut ni.”
Aku : “Kenapa?”
Ali : “Tadi masa Ali sujud sembahyang Asar, Ali Nampak ada rambut hitam panjang bawah katil.” Sambil suara Ali macam bisik kat aku.

CARI HOTEL TAK JUMPA

Aku terus jadi tak sedap hati. Tapi aku saja rahsiakan daripada isteri supaya dia tak fikir yang bukan-bukan. Dalam hati aku istighfar banyak-banyak. Untuk pengetahuan korang, sementara nak tunggu aku dan isteri sampai sana, Ali tumpang di bilik hotel jurulatihnya. Aku pun apa lagi, risau pulak Ali sorang kat sana, aku tekan minyak rapat, ya la nak cepat sampai. Dalam pukul 9.30 malam aku dan isteri sampai negeri tu.

Jurulatih tu bagi location di Whatsapp untuk kami pergi ke hotel tu. Isteri aku buka Google Maps untuk ke sana, kami pusing dua tiga kali tak jumpa. Kami beritahu jurulatih, Google Maps bawa pusing tapi tak jumpa jugak. Akhirnya pemilik hotel tu telefon aku, dan beri tunjuk arah melalui telefon. Malam tu hujan renyai-renyai, akhirnya juga hotel tu. Gelap malam kan, jadi aku tak pasti jalan keliling macam mana. Aku Nampak pokok ja banyak, sunyi pulak tu.

HOTEL TAKDA RECEPTIONIST

Sampai hotel, lampu lobby hotel malap saja, aku parking bawah lobby hotel, ya lah kan hujan. Aku sangka ada bumbung, keluar je dari kereta, eh hujan kena kepala aku. Takpa la, aku syak mungkin bumbung dia bocor. Kami bawa turun beg dan aku parking kereta. Aku dan isteri masuk lah hotel, rasa seram, receptionist takda kat hotel tu. Bilik kami di Tingkat 2, naik tangga lif takda. Lorong nak ke bilik pulak gelap yaAllah. Ada satu ja lampu yang terpasang. Kami perhati la, cuma ada 3 bilik saja lampu yang menyala. Semua tu bilik kontinjen yang datang bersama anak aku lah.

Masuk bilik, aku dan isteri solat. Ali ada main game kat katil. Aku yang memang dalam perjalanan tadi rasa gelisah dah, terus buka al-Quran dekat telefon dan baca ayat-ayat al-Quran. Selepas tu aku baca doa, aku pagarkan bilik tu. Isteri aku kata tak mengantuk, tidur banyak dalam kereta tadi memanglah. Jadi dia pun scroll instagram, pastu dia buka surah Yassin melalui telefon. Aku tak tanya kenapa, aku biar saja sampai aku sendiri tertidur.

ALI MENGIGAU DALAM TIDUR

Tiba-tiba aku terjaga, jam tunjuk masa tu dalam pukul 12.30 pagi. Aku tengok isteri dan Ali dan tertidur. Aku cuba tidur balik tapi tak dapat. Lepas tu, aku bangun la solat sunat baca al-Quran sikit, tiba-tiba Ali bercakap dalam tidur, “Nak pergi situ”, sambil mata tertutup dan tangan Ali tunjuk kea rah pintu. Aku tepuk-tepuk bahu Ali, dia lena semula. Tak berapa lama lepas tu, sekali lagi Ali mengigau, tapi kali ni, Ali cuba bangun dari katil. Aku hembus ayat Kursi dekat dia. Pastu tepuk dia sampai aku pun terlena sama.

“AKU TUMPANG TIDUR SATU MALAM”

Dalam tidur tu, aku mimpi satu tangan panjang sangat datang cekik leher aku. Jujur aku nampak tangan hitam yang panjang, yang lain tak nampak, semasa dia cekik tu memang aku rasa sesak nafas tapi tak boleh nak buka mata. Tiba-tiba aku dengar suara kasar “Jangan kacau aku”. Aku dah rasa hujung nafas aku balas dalam mimpi, “Tak, aku tak kacau, aku cuma tumpang tidur satu malam saja. Esok pagi aku akan keluar dari sini”. Habis ja aku cakap ayat tu, terus tangan tu hilang. Aku pun tidur tak sedarkan diri sampai subuh.

Bangun esoknya, aku kemas-kemas barang. Aku suruh ali dan isteri kemas jugak barang-barang mereka. Pelik la sebab kejohanan anak aku tak habis lagi. Aku kata dengan tegas “Kemas, kita keluar dulu”. Ali dan isteri aku ikut tak membantah. Pagi tu sebelum bertolak untuk perlawanan, aku jumpa jurulatih Ali, terangkan dekat dia apa yang aku lalui semalam. Jurulatih Ali setuju. Kami semua check-out dari hotel itu. Tuan hotel cuma datang ambik kunci saja. Pagi tu kami keluar tak toleh belakang dah. Cuma yang aku nampak hotel tu ada 3 tingkat saja, memang nampak usang dan keliling hutan.

SAMPAI RUMAH BARU CERITA KAT ISTERI

Sampai ke rumah kami, barulah aku cerita hal sebenar kepada isteri dan Ali. Isteri aku cuba search sekali lagi nama hotel tu. Tapi tak jumpa, yang jumpa gambar bilik hotel tersebut dengan nama hotel yang berbeza daripada yang kami search awal dulu. Isteri aku pun beritahu, sebab dia pasang surah yassin dalam bilik sebelum tidur tu kenapa, katanya dia rasa seram semacam. Dia gagahkan jugak diri tidur lepas nampak aku dan Ali tidur tu.

Ini pengalaman sebenar aku. Mungkin sebab kami masuk dengan membaca macam-macam jenis ayat al-Quran, ada mahkluk lain yang tidak selesa dengan keadaan itu. Mungkin jika kita pergi tanpa fikir apa-apa dan masuk untuk tidur seperti biasa, aku rasa takda masalah. Cuma hati aku dah tak sedap sebelum sampai. Sebab tu aku buat ayat pendinding untuk lindungi isteri dan anak aku.

Tags: , , , , , , ,

Category: KISAH SERAM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *