Ikhtiar Hamil Dengan Amalkan Air Rebusan DAUN DUKUNG ANAK. SUBHANALLAH Nampak Biasa Rupa2Nya Banyak Manfaat..

| September 12, 2017 | 1 Comment

Ikhtiar Hamil Dengan Amalkan Air Rebusan DAUN DUKUNG ANAK. SUBHANALLAH Nampak Biasa Rupa2Nya Banyak Manfaat.. | Cerpen Virall – DAUN DUKUNG ANAK nampak je macam bodoh-bodoh pokok ni tumbuh tepi jalan, tepi pasu tapi tak sangka sebenarnya banyak khasiat dia.

RAWAT JAUNDIS DAN IKHTIAR HAMIL


Salah 1 khasiat yang ramai orang tak tahu adalah air rebusan dia kalau minum, bagus untuk orang perempuan yang tengah IKHTIAR HAMIL.
Ini pun cik neesa baru tahu sebab ada kawan tag tentang manfaat pokok neh.

Then kalau korang google, banyak lagi khasiat-khasiat lain antaranya bagus untuk merawat jaundis ( penyakit kuning ) bagi baby yang baru lahir.
Untuk kaum lelaki pulak, orang kata daun dukung anak ni boleh menyembuhkan masalah mati pucuk. Dan ada jugak yang amalkan minum air daun dukung anak neh sebagai booster kepada masalah keletihan ( pengganti ketum ! Haha ) .


Kalau tak cukup tidur, cukuplah dengan segelas air dukung anak, dalam beberapa minit keletihan tu akan berkurangan dan sejam selepas tu terus hilang letih. Sangat sesuai kalau demam urat.
Bagi suami yang mahu booster, minum segelas pati air rebusan ( tanpa campur air kosong) sejam sebelum “aktiviti” anda. Selamat mencuba !

TIPS MEREBUS UNTUK IKTIAR HAMIL

Selawat dan rebus daun ni dan akarnya sekali selepas dibasuh bersih dgn 2 cawan air. Rebus smpai la airnya menjadi kuantiti utk 1 cawan air. Lepas tu minum dan selawat dan berdoa.

KHASIAT DAN KEGUNAAN

Akar, daun, buah, jus dan keseluruhan tumbuhan ini mempunyai nilai perubatan. Perubatan ayurveda ia digunakan sebagai penghilang dahaga, bronchitis, kusta, anemia, penyakit kelenjar kencing, anuria dan asma. Boleh juga digunakan untuk mengubat penyakit berak berdarah (dysentery) yang kronik (mengikut kaedah perubatan unani dari India).

Buahnya digunakan untuk mengubati luka, kerengsaan, penyakit kudis buta (scabies) dan kurap. Akarnya pula (yang masih segar) adalah penawar yang berkesan untuk penyakit kuning (jaundice) terutamanya pada bayi yang baru lahir. Daun yang telah dilumatkan dan dicampur dengan sedikit garam dapur boleh merawat jangkitan kudis buta(scabies). Jika tidak dicampur garam ia boleh ditampal pada luka dan lebam. Ia juga boleh digunakan untuk merawat bisa gigitan ular.

Tumbuhan ini juga boleh digunakan sebagai tuba(racun) ikan. Kaedah perubatan ayurveda banyak menggunakan tumbuhan ini samaada dalam bentuk tumbuhan ini dikeringkan dan dijadikan serbuk atau terus menggunakan tumbuhan ini dalam bentuk tumbuhan segar. Walaupun masih sukar untuk menentukan apakah kandungan dalam tumbuhan ini yang menyebabkan ia mempunyai nilai perubatan yang tinggi, ada kajian yang menunjukkan ia memberikan kesan positif untuk mengubati penyakit hepaptitis B, dalam satu kajian, didapati 22 daripada 37, iaitu sebanyak 59% dari pembawa virus hepatitis B yang dirawat dengan persediaan herba dari tumbuhan ini selama sebulan telah kehilangan antigen hepatitis B setelah di uji selepas 15 hingga 20 hari selepas rawatan selesai.

Jika menggunakan rawatan biasa hanya 4% dari pembawa akan kehilangan antigen untuk tempoh yang sama. Persediaan herba ini hendaklah di amalkan selama sebulan atau lebih untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Jika digunakan secara biasa, tiada kesan sampingan didapati setakat ini. Namun anda dinasihatkan mendapatkan pandangan doktor sebelum memulakan rawatan. Walaupun ia membantu mengurangkan jumlah virus hepaptitis B yang dijumpai didalam darah, ia masih tidak dapat menghilangkan kesemuanya, jadi ia bukanlah penawar kepada penyakit ini, namun mengambilannya dapat mengurangkan dan mengawal pertumbuhan dan pertambahan virus hepatitis B. Kajian lanjut masih dijalankan oleh para saintis mengenai kegunaan dukung anak untuk merawat hepatitis B.

Sumber : PenMerahPress & Khasiat

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: INFORMASI

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Dewi says:

    Heu bru tahu aku🤣

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *