BONGKAR ! Ini Petanda Gerai Yang Anda Pergi Guna ‘Khidmat’ .. MENGEJUTKAN

| September 26, 2017 | 0 Comments

BONGKAR ! Ini Petanda Gerai Yang Anda Pergi Guna ‘Khidmat’ .. MENGEJUTKAN | Cerpen Virall – Zaman dimana makan di luar menjadi perkara biasa kerana masing-masing sibuk bekerja dan tidak sempat menyediakan makanan di rumah. Cuba perhatikan petanda-petanda ini. Khuatir anda sudah TERKENA !

1. MAKAN DI KEDAI SEDAP, BILA BUNGKUS MAKAN DI RUMAH RASA PELIK

Tugas jin pelaris adalah menjaga tempat perniagaan tuannya. Bukan sahaja menjaga daripada gangguan luar, tapi juga bertugas dalam menjaga soal rasa! Jin pelaris bertugas memastikan makanan-makanan yang disajikan mempunyai rasa yang menggoda selera. Meskipun rasa yang enak ini sebenarnya hanyalah imaginasi !!

Mungkin korang pernah dapat pengalaman macam ini. Jadi, ketika makan di sebuah tempat mereka menyajikan makanan yang sedap luar biasa. Tapi, bila dibungkus untuk dimakan di rumah, rasanya jadi sangat biasa. Malahan tidak enak dan cepat basi. Hah, faktor begini menunjukkan pengusaha tersebut megguna jin pelaris.

2. BILA BACA DOA MAKAN, RASA MAKANAN BERUBAH

Mungkin korang pernah mengalami hal ini. Ketika makan di satu tempat tanpa/terlupa baca Bismillah dan doa makan, rasanya sedap sangat. Lepas teringat terus berdoa, rasanya pun jadi sebaliknya ! Berubah 180 darjah! Rasanya tak lagi senikmat sebelum itu.

Kita harus berwaspada jika jumpa perkara aneh seperti ini pasti sebuah tempat itu memasang jin pelaris. Kita diajar sejak kecil untuk selalu berdoa sebelum makan. Salah satu manfaatnya ialah kita dapat menghindarkan diri daripada pengaruh-pengaruh seperti ini.

3. TEMPAT MENCUCI PINGGAN YANG JAUH

Menurut beberapa orang yang pengalaman, tempat yang dijangka memakai khidmat jin pelaris biasanya mempunyai satu tempat yang terpisah dari bangunan utama. Biasanya tempat tersebut dipakai untuk mencuci pinggan mangkuk. Memang mencurigakan namun tidak dapat dikesan. Cara ini diberitahu sebagai cara agar jin pelaris boleh bekerja dengan baik.

Jin, kadang kala tak suka dengan tempat yang dipenuhi orang ramai. Jadi, mereka memerlukan ruangan khas. Hah, kononnya di tempat mencuci inilah jin yang berkhidmat menjilat semua pinggan mangkuk yang ada. Diberitahu cara ini akan menjadikan makanan semakin enak dan lazat. Namun, tak semua tempat makan yang mempunyai tempat basuh pinggan mangkuk yang menggunakan khidmat jin pelaris. Mungkin tempat meraka terhad untuk berbuat sedemikian.

4. ADA SATU RUANG KHAS TERSEMBUNYI DI KEDAI ITU

Tempat makan yang menggunakan khidmat jin pelaris, biasanya mempunyai satu tempat khas yang tidak boleh dibuka oleh sesiapa. Ini kerana, tempat ini biasanya bakal dipakai si jin untuk tinggal, atau mungkin sebagai ruang bagi si pengusaha melakukan jampi-jampi.

Jadi, cuba perhatikan sebuah tempat makan yang punya ruangan macam ini. Kemungkinan mereka menggunakan khidmat jin pelaris. Tapi, biasanya cukup susah untuk menemui tempat seperti ini. Sebab, kedudkan tempat ini pasti lah rahsia dan tidak boleh dilihat supaya tidak menimbulkan kecurigaan.

Memang susah dipercayai, tapi kejadian seperti ini sudah terjadi lama. Tapi, walau apa pun, hendak percaya atau tidak, semua itu kembali kepada cara berfikir dan amalan masing-masing. Namun, satu perkara yang perlu diingat adalah yakinlah bahawa perkara-perkara ghaib itu ada. Malahan dalam Islam, mempercayai perkara ghaib adalah salah satu bukti keimanan.

Sumber

Tags: , , , , ,

Category: KISAH PELIK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *