Apa Yang Terjadi Kepada BAYI Ini SELEPAS Kemalangan Menimpa Ibu Bapanya. SAYU

| September 26, 2017 | 0 Comments

Apa Yang Terjadi Kepada BAYI Ini SELEPAS Kemalangan Menimpa Ibu Bapanya. SAYU | Cerpen Virall – Kemalangan memang tidak dapat dielakkan. Berhati-hati semasa memandu, pastikan bayi diletakkan di dalam ‘carseat’ untuk memastikan keselamatan bayi anda. AL FATIHAH

BAYI MENANGIS DI SISI JASAD IBU DAN AYAH

Adik Nasuha baru berusia 3 tahun dia kini yatim piatu sekelip mata apabila dirinya bersama ibu dan ayah terlibat kemalangan yang menyebabkan kedua mereka dijemput ajal.

Selepas kemalangan adik Nasuha menangis mencari ibu dan ayah nya yang terbujur kaku dijalan selepas kemalangan, adik nasuha di ambil dan ditenangkan oleh orang awam yang berada ditempat kejadian.

Muhamad Faizal Ramli, 30, isteri Nurul Farehah Syawal, 28, maut manakala tujuh cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kereta di Kilometer 59.5 Lebuhraya Senai-Desaru, dekat sini, hari ini.

Pasangan suami isteri itu memandu PERODUA Myvi disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah bahagian badan dan kepala, manakala anak perempuan mereka bernama Nasuha, 3, dilaporkan cedera ringan.

KEMALANGAN ANTARA PERODUA MYVI DAN PROTON WAJA

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Superintendan Mohamed Sazif Mohamed Subri, berkata PERODUA Myvi dari arah Senai menghala ke Desaru bertembung dengan PROTON Waja daripada arah bertentangan.

Katanya, kejadian itu menyebabkan Honda HRV yang mengekori PERODUA Myvi tidak sempat mengelak sebelum turut merempuh PROTON Waja.

“Akibat dari kemalangan itu, pemandu PERODUA Myvi dan penumpang hadapan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang kanak-kanak dalam kereta cedera ringan.

“Pemandu PROTON Waja turut cedera parah, manakala pemandu dan penumpang kereta Honda HRV cedera ringan. Keempat-empat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail, dekat sini, untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohamed Sazif berkata, siasatan dijalankan mengikut seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan, selain menasihatkan pengguna jalan raya lebih berhati-hati ketika memandu terutama di musim cuti hujung minggu.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan II, Sailaini Oda, dari Balai Bomba dan Penyelamat Penawar, yang mengetuai operasi menyelamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.19 pagi.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian jam 10.42 pagi, lapan anggotanya mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduknya.

Apa yang berlaku mengundang pilu nenek Nasuha dan orang ramai melihat anak sekecil itu telah kehilangan ibu bapa sekelip mata. Al fatihah

GAMBAR KEMALANGAN


Sumber : BeritaSayu

Tags: , , , , ,

Category: KISAH SOSIAL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *