AMARAN ! Sila Periksa PETI AIS Anda SEKARANG !!! Ada SESUATU Sedang .. MENGEJUTKAN

| September 19, 2017 | 0 Comments

AMARAN ! Sila Periksa PETI AIS Anda SEKARANG !!! Ada SESUATU Sedang .. MENGEJUTKAN> | Cerpen Virall – Pernah tak anak kita tiba-tiba je macam kena flu, cirit-birit tanpa sebab dan mengadu sakit perut? Padahal tak pernah pun makan kat luar kan.

TANDA AWAL KERACUNAN MAKANAN

Jaga-jaga. Tu mungkin antara tanda-tanda ringan keracunan makanan. Mungkin ada kuman sedang bersarang dalam peti ais kat rumah kita tu tanpa kita sedari!

Kalau ikut statistik, ‘food-borne disease ‘ ni menyebabkan 325,000 orang masuk hospital dan mengakibatkan 5,000 kematian setahun di US. Yang melegakan 25% kejadian ni sebenarnya boleh dielakkan kalau kita mula amik langkah pencegahan daripada rumah lagi.

Rupanya ramai lagi tak sedar sebenarnya peti ais tu bukan alat untuk bunuh bakteria! Bakteria tu cuma jadi diam ( dormant ) je. Bila suhu berubah sikit mula la mereka berkembang balik. Lagi-lagi la kalau setting peti ais tu tak okey ataupun kita jarang-jarang lap dan bersihkan peti ais tu.

TIPS PENJAGAAN PETI AIS

Ni saya Taufiq Razif nak kongsi sikit teknik camne nak jadikan peti ais tu selamat untuk keluarga kita :

1. Bersihkan peti ais tu setiap minggu atau dua minggu sekali. Kalau boleh pakai pembersih antibakteria dan air.

2. Sekali sekala tu check suhu dalam peti ais tu. Kadang-kadang kita tak sedar alat yang tetapkan suhu peti ais kita tu rosak. Pastikan suhu dalam peti ais yang non-freezer tu di bawah 40 Fahrenheit. Dalam 4.4 Celsius camtu la. Bahagian freezer pulak kena di bawah 0 Fahrenheit.

3. Bersihkan kulat yang tumbuh di sekeliling pintu dan juga kesan-kesan makanan yang tumpah kat dalam peti ais tu. Paling bahaya kalau ada air darah daripada ayam dan daging yang masih mentah tu.

4. Letak daging,ayam dan ikan mentah tu dalam bekas kedap udara dan jangan sampai air tu meleleh jatuh ke bawah ataupun kena kat makanan yang lain.

5. Selalu check tarikh expired-date makanan. Jangan nak mengelat kononnya takpe je makanan tu dah expired sebab dah letak dalam peti ais! Big no!

6. Mana-mana ubat yang dah lama tak pakai tu jangan dibuat pekasam kat dalam peti ais tu. Kalau simpan lama-lama pun stability ubat tu akan berubah jugak. Jadi? Buang je lebih-lebih lagi kalau fizikal, bau dan rasa ubat tu dah berubah.

Lepas baca ni terus periksa peti ais masing-masing ye. Cuba tengok balik tarikh luput makanan masing-masing dalam tu dan juga kesan-kesan air ikan yang dah berminggu tak dilap tu ye. Tolong ajar jugak 6 teknik yang saya bagi ni kat pasangan dan juga orang lain.

Sumber : TaufiqRazif

Tags: , , , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *