Pakar Kungfu Ajak Bermalam Di Hospital BERHANTU Di KL. Apa Yg Jd Buat Wartawan LARI !!!

| May 26, 2017 | 0 Comments

Pakar Kungfu Ajak Bermalam Di Hospital BERHANTU Di KL. Apa Yg Jd Buat Wartawan LARI !!! | Kira-kira sepuluh ta#hun lalu saya berbual kisah kisah misteri dengan seorang sifu qigong bernama Master Wee. Kata Master Wee, dia juga boleh melihat dan berkomunikasi dengan hantu serta roh orang mati.


Sekadar Gambar Hiasan.

Sebagai wartawan, saya bertanya kepada Master Wee, di manakah tempat paling berhantu di Lembah Klang? Lalu disebutkannya satu persatu, antaranya sebuah hospital yang bes#ar dan terkenal.

Master Wee turut mendakwa dirinya boleh nampak roh-roh mundarmandir di tepi jalan di hadapan hospital itu. Adakalanya roh itu mengganggu kenderaan yang lalu lalang hingga menyebabkan berlakunya kemalangan.

“Biasalah… hospitalkan tempat orang mati. Roh mereka ini ada yang tidak aman. Ia berkeliaran di situ,” begitulah cerita dan pendapat Master Wee dalam ko#nteks kepercayaan bangsanya. Sama ada anda mahu percaya atau tidak, terpulang.

BERMALAM DI HOSPITAL SERAM DI KL

Ada satu malam tu, Master Wee ajak saya bermalam di Hospital tersebut. Dia kata ada satu kawasan tu memang “keras”. Saya pun sebagai wartawan nak tak nak sahut je la cabaran tu walau seram sejuk juga. Malam tu kami tidur di kaki lima kawasan tu. Memang tak ramai orang. Mungkin staf dan pekerja-pekerja hospital tu dah tau akan keseraman kawasan tu kot. Pukul 2 pagi camtu, Master Wee kejutkan saya, dia ajak ke satu bilik. Saya pun ikut, dia jalan di hadapan. Masuk bilik tu tiba-tiba Master Wee toleh belakang dengan muka berdarah. Saya menjerit dan terus lari.

Masa lari tu terjumpa lagi Master Wee. Dia tanya saya pergi mana. Rupa-rupanya Master Wee yang sebenar pergi ke tandas. Jadi siapa Master Wee yang ajak masuk ke bilik tadi ? Jeng jeng jeng…….

LAGI HOSPITAL BERHANTU

Sebuah lagi hospital yang dik#atakan berhantu di negara kita adalah Hospital Lady Templer yang terletak di Cheras. Hospital ini dibina pada tahun 1952 dan dirasmikan oleh Lady Templer iaitu isteri kepada bekas Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Gerald Templer. Ia dibina khusus untuk pes#akit jantung, paru-paru dan batuk kering.

Pada peringkat awal kakitangan hospital ini terdiri daripada pakar perubatan, tiga orang pegawai perubatan, jururawat, juru x-ray dan pembantu jururawat. Ia mula menerima pesakit pada Ogos 1955.

Hospital Lady Templer bagaimanapun ditutup pada tahun 1985. Hanya sebahagian sahaja yang dibuka dan dijadikan poliklinik sehingga tahun 1995. Khabarnya rumah mayat ho#spital ini pernah menempatkan korban tragedi 13 Mei 1969.

Sejak penutupan hospital tersebut, diceritakan banyak kisah misteri berlaku di situ, sampailah sekarang. Antaranya jelmaan lelaki berpakaian serba putih seperti doktor berdiri di tepi tingkap, perempuan yang mendukung anaknya, perempuan berambut panjang, suara orang menangis dan mayat tanpa kepala.

Kumpulan-kumpulan paranormal sering menjalankan aktiviti me#mburu hantu di bangunan terbengkalai ni dan seringkali tidak menghampakan. Pasti ada entiti-entiti aneh berjaya mereka kesan.

Tangisan Misteri

Sebenarnya, bukan saja di negara kita, kisah hospital be#rhantu juga dikatakan berlaku di seluruh dunia. Salah satunya adalah Hospital Jiwa Sai Ying Pun, di Hong Kong. Dibina pada 1892, hospital ini pernah digunakan sebagai kuarters jururawat. Ia kemudian ditawan oleh tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua dan menggunakannya sebagai tempat seksaan para tawanan perang. Banyak nyawa terkorban di sini.

Hospital Sai Ying Pun dijadikan hospital mental pada 1947 hingga 1961 dan seterusnya menjadi pusat rawatan psikiatri sehingga 1971. Selepas ditutup, masyarakat setem#pat sering terdengar suara wanita menangis serta bunyi dentuman yang menakutkan dari dalam bangunan tersebut.

Mereka juga sering terdengar bunyi tapak kaki orang berja#lan, jelmaan seorang lelaki di tingkat dua yang kemudiannya tiba-tiba terbakar serta kelibat-kelibat aneh berkeliaran pada waktu malam.

Hospital Nocton Hall di Engand pula asalnya merupakan kediaman mewah pembesar negeri. Ia kemudian digunakan oleh kerajaan Amerika Syarikat sebagai hospital tenteranya sem#asa Perang Dunia Kedua. Bagaimanapun, hospital lama itu dibiarkan terbengkalai mulai 1995 ekoran berlaku kebakaran yang menyebabkan banyak kerosakan pada bangunan tersebut.

Pelbagai kejadian misteri berlaku di sini. Antara yang paling kerap dilihat adalah kelibat seorang gadis berkeliaran di dalam bangunan itu sambil menangis te#resak-esak dengan suara yang amat sayu. Ramai yang mengadu mereka akan terjaga pada pukul 4.30 pagi dan melihat si gadis menangis di hujung katil.

Dikatakan gadis itu adalah bekas seorang pekerja di hospital berkenaan yang telah dirogol dan kemudian dibunuh oleh anak lelaki pemilik Nocton Hall sebelum ia dijadikan hospital tentera.

Hospital Royal Hope di Florida, Amerika Syarikat (AS) dibina pada 1784. Ia dijadikan hospital tentera Sepanyol sehingga 1821, sebelum diruntuhkan atas sebab-sebab tertentu. Seb#uah bangunan baru kemudiannya dibina menjadi rumah kediaman mangs#-mangsa Perang Seminole, tetapi ketika kerja-k#erja pemasangan paip dilakukan, para pekerja mendapati bangunan tersebut rupa-rupanya dibina di atas tanah perkuburan masyarakat asli Amerika.

Dikatakan ramai yang terdengar suara rintihan dan jeritan dari bilik-bilik kosong di situ. Pada waktu yang lain, katil tiba-tiba bergerak sendiri, teko air menggelongsor di atas lan#tai dan meja, serta kedengaran bunyi tapak kaki orang berjalan di dalam bilik kosong.

Kejadian Aneh

Satu lagi hospital yang disena#raikan sebagai antara paling berhantu di dunia adalah Hospital Whittingham, di Preston, Lancashire, England. Dibuka pada 1873, ia merupakan hospital mental terbesar di England pada ketika itu.

Banyak kejadian aneh berlaku di sini. Dikatakan banyak kali berlaku pesakit tiba-tiba terkunci di dalam sebuah bilik kecil di bawah tangga dan di dalam bilik air.

Paling menakutkan adalah rambut pesakit ditarik “sesuatu” dan leher merek#a dijerut dengan tuala basah hingga tidak sedarkan diri.

Ada pihak mengaitkan kejadiankejadian misteri ini dengan peristiwa seorang pesakit tua yang mati disembelih oleh seorang jururawat.

Namun begitu, barangkali daripada sekian banyak hospital berhantu di dunia ini, yang paling misteri adalah Waverly Hills Sanatorium, di Louiseville, Kentucky, AS. Hospital yang dibina pada 1908 ini asalnya digunakan sebagai pusat rawatan pesakit batuk kering yang merebak ketika itu.

Ramai yang meninggal dunia ketika dirawat di situ. Antara kisah misteri paling terkenal berlaku di pintu masuknya.

Dikatakan ramai pengunjung mendakwa terserempak dengan jelmaan seorang wanita tua berlari di situ dalam keadaan badannya diikat rantai dan dipenuhi luka serta darah.

Sambil berlari wanita tua itu meraung meminta tolong sebelum hil#ang begitu saja bagaikan kabus.

Di tingkat tiga bangunan tersebut pula kelihatan kelibat seorang gadis.Diceritakan ada kalanya gadis ini muncul seperti manusia biasa dan berbual dengan pengunjung yang hadir di hospital.

Pada waktu yang lain dia dil#ihat berdiri di tepi tingkap dan memandang ke luar dengan wajah yang sayu. Mereka menamakannya sebagai Mary.

Diceritakan bahawa kejadian kejadian misteri yang berlaku di sini ada kaitan dengan peristiwa seorang ketua jururawat membunuh diri pada 1928 kerana ditinggalkan keka#sih dalam keadaan hamil.

Ia berlaku di Bilik 502. Kononnya juga berlaku kejadian seorang juru#rawat membunuh diri denganterjun dari tingkap bangunan itu pada 1932. Sejak itu kelibat seorang jururawat muda sering dilihat berlegar-legar di hospital berkenaan.

Ada juga yang mendakwa ternampak jelmaan seor#ang kanak-kanak di bumbung hospital. Kononnya suatu ketika dahulu budak itu ditempatkan di atas bumbung sebagai satu proses terapi bagi mendapatkan pancaran cahaya matahari secara optimum.

Tempat paling berhantu adalah di tingkat empat. Bayangan-ba#yangan aneh dilihat mundar-mandir, daun pintu terbuka dan tertutup sendiri dengan kuat serta suara jeritan dan bunyi bising kedengaran pada waktu-waktu tertentu.

Ada juga yang mendakwa terhidu bau ma#sakan dari bahagian dapur yang telah lama terbiar. Malah ada yang mendakwa melihat jelmaan tukang masak bekerja di situ.

Di kaki lima hospital pula terdengar su#ara bisikan, tangisan dan jeritan misteri.

Sumber : Utusan

P.S. 1 – Kereta Alphard Ini Melanggar Seekor Lembu Di Melaka… Akibatnya Bakal MENGEJUTKAN Anda !!!
P.S. 2 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‎ICELAND !!!
P.S. 3 – TERKINI… Ustaz Terkenal Tanahair KANTOI Menyumpah Orang Ramai !!!
P.S. 4 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‎ICELAND !!!
P.S. 5 – PERNAH TENGOK 5 GAMBAR PROTON JEBAT INI ? MEMANG MENGANCAM !!!

Tags: , , , , , , , ,

Category: KISAH SERAM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *